Sign In
Mobirise Website Builder
YM Mohammad Ashmeer Imtiaz Ahmad
Anugerah Belia Berkhidmat 2023

​Penerima ini mempunyai dedikasi yang cukup tinggi dalam kerja-kerja kebeliaan, kepimpinan, kesukarelawanan dan kemasyarakatan. Sumbangan dan bakti beliau terserlah semasa beliau berkhidmat sebagai Pegawai I-Ready di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta dilantik selaku Ketua Bahagian Masjid, Pencen, Majlis Rasmi dan Individu Kuarantin Rumah di bawah pergerakan Sukarelawan Belia Covid-19.  Semasa negara dilanda penularan wabak Covid-19, keprihatinan beliau terhadap masyarakat yang memerlukan ditambah dengan situasi tekanan kekurangan tenaga kerja dan sukarelawan bertugas dalam pengagihan catuan makanan, beliau tampil kehadapan mengambil alih tugas untuk mengendalikan dan menggerakkan pengagihan catuan makanan di Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait dan Daerah Temburong. Dengan kepimpinan dan usaha gigih beliau ini, beliau telah berjaya membantu menghantar catuan makanan kepada lebih 430,000 orang individu, iaitu lebih daripada 101,000 buah rumah dengan mencapai 2,670 buah rumah sehari. Sehingga kini, beliau terus aktif menjalankan misi kesukarelawanan terutamanya dalam kerja-kerja memberikan khidmat bantuan sukarelawan. Memegang jawatan selaku Ahli Pasukan Teras dan Mentor di bawah Young Professionals Network, beliau juga telah berusaha membangun para belia di negara ini dengan memberikan ruang kepada belia-belia berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin di peringkat tinggi menerusi platform Youth Town Hall dan Youth Forum Brunei.​​

Attachments